Petua Mak Jah
Sunday, September 21, 2014
Monday, September 15, 2014
Wednesday, July 2, 2014
4) Rahsia Garam-Amalan sunnah yang tak diketahui...
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam.Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .
Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.
Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
1. Penyakit Gout – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
2. Kalau tinggal di bandar, goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.
5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.
6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Petua berdasarkan kajian
- Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
- Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
- Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
- Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
- Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
2) Merawat Batu Hempedu
How To Remove
Gallstone Naturally
*For the first five
days, take four glasses of apple juice every day. Or eat four or five apples,
whichever you prefer. Apple juice softens the gallstones. During the five days,
eat normally.
*On the sixth day,
take no dinner.
* At 6 pm, take a
teaspoon of Epsom salt (magnesium sulphate) (Dr H: can get from any pharmacy)
with a glass of warm water.
* At 8 pm, repeat
the same. Magnesium sulphate opens the gallbladder ducts.
* At 10 pm, take
half cup olive oil (or sesame oil) with half cup fresh lemon juice. Mix it well
and drink it. The oil lubricates the stones to ease their passage.
The next morning,
you will find green stones in your stools. Usually they float. You might want
to count them. I have had people who passes 40, 50 or up to 100 stones.
p/s: Even if you
don't have any symptoms of gallstones, you still might have some. It's always
good to give your gall bladder a clean up now and then.
www.rawatan-holistik.blogspot.com
1) Lobak dan Timun Penawar Gout
Nabi s.a.w bersabda: "Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya).
Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"
Kalau sakit, terlebih dahulu jumpa doktor, serta ikut nasihat doktor, makan ubat yang diberikan dan bertawakal. Kemudian terpulang untuk melakukan rawatan alternatif selagi tidak bercanggah dengan syarak dan nasihat doktor.
Saya ada gout, sejak beberapa tahun lalu. Puas juga berpantang, makan ubat yang disyorkan doktor, juga rawatan alternatif. Dalam pada masa yang sama saya cuba buat carian di internet makanan apa yang sesuai untuk meneutralkan asid dalam badan.
Alhamdulillah, akhirnya yang sesuai untuk diet saya ialah jus timun campur karot (lobak merah). Ini adalah kerana timun dan karot mempunyai tahap alkali yang tinggi untuk meneutralkan asid urik dalam badan. Apa yang saya amalkan ini, mungkin tidak serasi, mungkin serasi untuk orang lain.
Tiada jaminan, hanya dengan izin Allah.
Kadarnya ialah 1 timun dan 1 karot dikisar sekali dan diminum jusnya. Kalau timun dan karot tadi besar buatlah 1/2 timun dan 1/2 karot. Kalau sakitnya masih ada mungkin minum 2 atau 3 kali sehari. Kemudian kalau reda sikit 1 kali sehari. Kalau reda lagi selang sehari. Dan amalkan seminggu sekali untuk selamanya, kerana badan kita ni dah tua, tak dapat nak proses asid urik. Kalau dan sihat, harus terus pantang makanan yang boleh menyebabkan gout.
Semalam saya jumpa kawan saya, minggu sudah dia diserang gout, ubat doktor dah habis, tapi masih belum baik katanya. Saya syorkan dia minum jus timun campur karot. Petang semalam dia minum, pagi tadi dia SMS,
Alhamdulillah dah reda sikit. Sekali lagi, kalau sakit, jumpa doktor, ikut nasihat doktor, makan ubat dan bertawakal. Yang lain rawatan alternatif kita hanya mencuba, Allah yang sembuhkan.
Artikel ini boleh disebarkan dan dikongsi secara percuma tanpa perlu kredit apa-apa. Saya tidak menyarankan mereka yang sakit gout mesti minum jus timun dan karot. Saya hanya berkongsi pengalaman.
Sumber : Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
Subscribe to:
Posts (Atom)

2dees.jpg)

